26 April 2011

Spangebob Yang Ada Belog

"Kauorang dah sedia ?"
"Ayyai , Capten ."
"Aku tak dengar , giler .."
"Ayyai , Capten !! "

*********************

gambar dari Google 

Di dalam sebuah lautan tinggal seketul span yang ada belog . Tiap-tiap hari dia akan menulis entry - entry yang tentang kehidupan sehariannya . Dari bangun tidur sampai lah ke waktu dia nak tidur semula .

"1st Entry :
Hai semua , den tak tahu nak cakap mende ni hah . Bla bla bla...biasolah , first time buat belog ni hah ."

(Dapat satu komen)



"Patrickstar : Hai Spangebob . "





2nd Entry :
"Hari ini den tak dapat tidur lena , Gary buat hal . den ambil keputusan untuk pergi kerja awal . Semasa perjalanan ke Krusty Kreb den buat benda yang paling jahat sekali dalam hidup den iaitu meletupkan belon budak kecil di taman permainan Encik Krab yang baru buka tu . GHAHAHA! Puas hati den . Den memang tak berkonan dongan Si Kreb tu . Meluat den . Sampai ke Krusty Kreb den buat kerja macam biasa ."

(Dapat satu komen)



"Patrickstar : Hai Spangebob ."



****************************

Dipendekkan cerita sampailah entry yang ke 99 Spangebob menulis kesemua 'entry'nya hampir benda yang sama . Bangun tidur . Kerja . Balik rumah . Tidur . Cuma terkadang ada sedikit tokok tambah pada aktiviti hariannya iaitu malayan kepala Patrick yang gile .



Dia pelik sebab Followers dia sedikit . 2 orang saja . Patrick dan entah sape sape .



Jadi sejak itu dia mula buat "blog walking" . Tengok blog orang lain . Macam mane mereka boleh dapat ramai Followers . Setiap kali dia habis baca blog orang lain dia akan komen entry entry mereka . Kadang kadang kalau malas dia tinggal je link dia dekat 'comment box' iaitu Blurblurbmix .

Seminggu selepas itu dia mula menulis entry baru .


entry ke-100 :
"Bagaimana Untuk Menjaga Haiwan Peliharaan Anda yang Bercangkerang."

entry ke-101 :
"10 Jutawan Terkaya Bikini Bottom ."

entry ke-120 :
"Bagaimana untuk membuat Krabby Petty Menggunakan Telur (Benjo)"

*********************

Sejak dari itu bilangan 'Followers'nya terus meningkat ke 1K . Dia bersorak girang .


Situasi ini sering berlaku kepada blogger-blogger beginner macam aku . Start start blogging mesti tak ada idea nak tulis apa . Apa yang ada cuma entry entry yang berkisar kehidupan seharian kita yang membosankan . Jadi dengan itu apalah salahnya jikalau kita berkongsi maklumat dan pendapat supaya tidaklah kita dikatakan syok sendiri . Berkongsi serba sedikit ilmu yang kita ada kepada orang lain . Semoga dengan itu traffic kita akan bertambah . Cewah . Semoga dengan itu kita dapat manfaat bersama dalam kehidupan seharian .

Mana yang baik datangnya dari Allah . Mana yang buruk dan lemah itu datang dari diri aku .

Peace dan Senyum !

1 comment: