13 August 2016

Cara Mohon Jadi Guru Ganti di Sekolah (Prosedur Ringkas)

Sebelum ni aku ada apply jadi guru ganti di sekolah berdekatan rumah lepas habis diploma tempoh hari. Memang rezeki sebab mak aku pun memang cikgu kat situ jadi senang nak tahu info kalau ada cikgu yg nak cuti bersalin ke apa. Tempoh biasanya dalam 2 bulan je sebab cuti bersalin dalam 40 hari camtu laa dan korang akan dibayar mengikut sijil yang ada pada waktu tu.

Disebabkan aku nerd (sape gelak masuk neraka) dan ada sijil SPM je time tu, tak convo lagi so dia terima aku sebagai lepasan SPM je. Padahal aku bawak kot transkrip keputusan sem2 lepas. Hmm ye kan jela pegawai PPD tu. Dia bayar dalam RM50/+ sehari. Aku pun tak ingat berapa. Klu ada diploma/degree lagi banyak lah dia bayar.

Di sini aku nak kongsikanlah cara untuk apply jadi guru ganti untuk sekolah kerajaan di samada di sekolah menengah atau sekolah rendah.

1. Sebelum apply pastikan korang dah tahu sekolah yang menjadi target korang untuk korang kenal pasti PPD area mana yang korang kena pergi nanti. Contoh: SMK Puncak Alam = PPD Kuala Selangor. Aku pilih sekolah yang ada orang aku kenal kat situ. So senang nak tahu bila perlu apply. 

2. Kalau korang rajin cuba lah dapatkan surat sokongan untuk jadi guru ganti dari pengetua/guru besar kat sekolah tu. 

3. Tanyakan jika boleh dapatkan borang untuk apply jadi guru ganti dari sekolah tu. Sebenarnya kena ambil di PPD tapi kalau PDD jauh macam tempat aku ni takkan nak berulang alik banyak kali kan. Sekarang pun dah zaman teknologi kan..depa boleh emel/faks surat tu kat sekolah. So tanyalah dengan penuh hikmah yee..

4. Untuk memohon jawatan guru ganti anda memerlukan dokumen-dokumen berikut:

a. Resume
b. Salinan Kad Pengenalan (KP) anda yang terang/jelas
c. Salinan Surat Beranak
d. Salinan Sijil-sijil atau dokumen yang berkaitan
e. Sekeping (1) gambar passport.

**Semua surat ni kenalah disahkan ye. Paling mudah minta pengetua/ guru besar sekolah tu.

5. Hantarkan borang tersebut kepada PPD dan tunggu untuk temuduga. 


Jadi kalau rasa macam nak cari pengalaman jadi cikgu boleh la cuba mohon jadi guru ganti ni dulu ye.


6 comments:

  1. hai :) saya pun bercadang nak jadi guru ganti utk cuti sem 3 bulan ni. sekarang baru tahun 2 degree. maksudnya saya boleh apply guna sijil spm je lah kan? walaupun ada result degree? lagi satu, soalan temuduga dia tanya apa ya? thanks in advanced :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai :) Sijil diploma/ yg setaraf dengannya pun boleh. Gaji lebih tinggi sikit dari gunakan sijil SPM.

      Kalau sebelum ni saya ditanya tentang isu Bersih dan perhimpunan mahsiswa menetang ptptn..sebab tengah hangat isu tu. Dia nak tengok kita ni pro kerajaan/ pembangkang, mungkin :) apapun berilah pendapat yg matang dan positif. Atau lebih baik pro kerajaan hehe

      Delete
  2. boleh ke guna sijil spm? nak cubalah jadi cikgu ganti

    ReplyDelete
  3. Boleh ke walk in je kat sek tu? Means tak payah pegi ppd. Ke kena pegi jugak, sebab nak dapatkan borang tu? Erm...macam mana ek

    ReplyDelete
  4. apa syarat utk jadi guru ganti? perlu ada diploma pendidikan ke?

    ReplyDelete