27 April 2011

Kenapa "Melayu mudah lupa" ?



Ini name die Karem . Aku ambil dari google bagi gambar hiasan .
1.  Banyak Makan Semut .
Kita biasa lihat orang Melayu ni datang lambat ke kelas . Kuliah jam 8.00 , mesti dia akan lambat tak kurang dari sepuluh minit . Jadi bila hampir majoriti menghidap tabiat ini maka tidak mustahil juga mereka lambat untuk tutup bekas gula rumah mereka . Jadi 'makhluk rajin' datang awal la . Lepas  itu buat air teh Lipten tengok ada semut , sayang pula nak buang . Satu jag penuh pulak tu . Jadi malas punya hal mereka kuislah semut tu guna hujung jari kelengking yang biasa digunakan untuk mengorek hidung dan telinga mereka ke dalam air teh tu . Yang jahat lagi tengah kacau air , korek hidung . Lepas tu air ada semut time tu . Punah negara .



2.  Banyak Berbual ( Ngomong kosong )
Orang Melayu ni memang terkenal dengan daya budi bahasa dan keperamahannya . Tapi silapnya di situ , overdose . kalau jumpa teman lama tak apa juga . Ini member yang boleh jumpa tiap-tiap hari pun dilayan sampai dua tiga jam berturut-turut . Apakah ? Lepas itu gelak sana gelak sini . Mengumpat sana , mengumpat sini sampai terlupa tanggungjawab sendiri . "Eh , aku terlupa lah ! Aku kena siapkan itu , aku kena siap ini ."
Lepas tu dah terhantuk salahkan dinding . Merepek .

3.  Kurang Menggunakan Fungsi Otak iaitu Berfikir .
Kalau pernah terbaca pada mana-mana artikel , kalau kita sentiasa berfikir , bilangan neuron akan bertambah betul tak . Vise versa , bilangan neuron ini juga akan berkurang . Neuron ni ialah entah la aku pun tak tahu . Tapi dengan pertambahan neuron ni otak akan berkembang . Jadi , bila otak yang proses maklumat dengan kadar kelajuan 4 Gig sekalipun kalau tidak digunakan maka akan menjadi selambat larian kura-kura . Faham ? Maka tidak mustahil la gejala mudah lupa ini terjadi .

4. Banyak Ketawa .
Kalau dirujuk kepada junjungan kita nabi Muhmmad S.A.W , baginda bukan gelak tapi senyum . Okay aku faham member-member kauorang memang maharaja lawak mengalahkan Jozan dan Nabil . Kalau kauorang nak gelak pun janganlah berbunyi . Gelaklah sepuas puas hati kauorang tapi jangan berbunyi . Ingat tu . Cewah .

5. Banyak termenung .
Aku selalu juga nampak kaki termenung termenung ni . Diorang bukan apa . Cari ilham . Tapi bukan itu nak cerita . Yang nak cerita ialah termenung melayan perasaan . Terlalu melayan sangat sedih pakwe tipu la , makwe curang la . Emo nak mati . Lepas itu hilang fokus . Bila hilang fokus hilanglah ingatan .

Apa yang baik datang dari Allah , buruk dan lemah itu datang dari diri aku sendiri . Ambil yang jernih , yang buruk buang jauh jauh , okay ? Wallahua'lam .

Senyum !





2 comments:

  1. aku suke yang ni..
    memang melayu mudah lupe sebab name dye "melayu" yang lame-lame akan jadi melayu a.k.a akan menjadi layu..

    ReplyDelete
  2. Like like like :)

    ReplyDelete