26 March 2011

Belajar , Bercinta

Kalau ditanya tentang cinta , apa kau orang akan jawab .

Pasti akan ada yang menjawab , " perasaan cenderung untuk menyukai seseorang lelaki atau perempuan yang mendalam disebabkan ada perkara yang terdapat padanya menarik dari segi pandangan mereka sendiri ." Ini kalau tanya pada budak pakai kaca mata bingkai hitam tebal dengan rambut sikat belakang dan seluar atas pinggang . Jawapan skema .

Ada juga yang menjawab , " Gua jiwa rock . Tak layan 'gugurl' ".

Tak kurang juga yang menjawab ,  " suka-suka. "

*********

Kalau dulu aq memang barai part-part kekemasan ni . Baju seluar selalunya kakak aku, tak pun mama aku yang kasi settle . Kadang tu pergi sekolah tak gosok baju pun . Haha . Ke'sempoi'an pergi sekolah . Tapi time tu tade siapa pun nak tegur . Itu fasal aku jadi hati kering .

Kasut sekolah aku suka basuh . Sebab dia warna hitam en . Kalau kasut putih aku malas basuh . Susah . Dua hari pakai dah kena kapur . Rezak aku . Lepas itu , aq memang dari darjah 1 sampai darjah enam tak tukar jenama . Pakai jenama Batta . Ada satu design aku memang minat tak tahu kenapa .


dulu kasut aku warna hitam

Hari itu hari pertama persekolahan tahun baru darjah 4 . Aku masuk kelas budak pandai-pandai . Kelihatannya kurang yang memakai baju seragam putih biasa dipakai pelajar biasa sebab semuanya berjawatan pengawas termasuklah aku . Hari itu juga hari pertama aku jadi pengawas , so aku memang agak tak berapa selesa dengan baju baru yang dipakai . Apa yang aku ingat time ukur baju , tukang jahit kedai dekat kampung aku tu asyik cakap " takpe lebih sikit sebab kau nanti cepat membesar " setiap kali ambil ukuran badan aku . Nah , akhirnya pinggang seluar aku berlipat lipat bila aku ikat dengan tali pinggang .=='
Lagi satu dulu aku memang tak suka pergi sekolah pakai tali pinggang sebab seluar aku seluar cerut . Tapi sejak jadi pengawas aku mula pakai tali pinggang . Itu yang jadi tak selesa .



Tempat duduk mula dibahagikan kepada setiap murid . Aku dapat duduk depan dan hujung sekali . Tapi dari situ aku boleh nampak panorama satu kelas sebab meja aku bukan hadap papan hitam tapi ke kiri kelas .

Dari situ juga aku merenung seorang demi seorang member aku yang dulu sama kelas dengan aku . Makin hensem aku tengok diaorang sejak jadi pengawas dengan tali leher getah tersemat rapi di leher .

Ada seorang budak nama dia S***** . Perempuan . Dia budak baru . Masa sekolah rendah aku suka tengok dia sebab mata dia bulat . Semuanya mula sejak darjah 4 di dalam kelas itu .

**********

Sejak dari hari itu aku tak tahu macam mane boleh tersebar satu sekolah aku ni 'secret admire' dia . Aku macam nak tumbuk laju laju perut budak yang buat mulut tu . Kasi senak .

Aku tak tahu berita dah sampai ke budak itu ke belum . Aku malas nak fikir sebab dulu aq lebih cenderung kepada permainan komputer dari jiwang jiwang . Lagi layan .

***********

Pagi itu perhimpunan hari Isnin . Bunyi loceng selama 3 saat itu membuatkan murid murid berkumpul tak tentu hala di tapak perhimpunan . Dari situ aku melihat Hamzah Mat Sah masih menggengam nuget yang dibelinya di kantin . Berlari lari berkejaran satu sama lain . Ada juga yang main muntah-muntah . Makan tembikai lepas itu muntah . Ini semua budak-budak RMT* punya hal .

Itu jam aku bertembung dengan 'S' . Dia dengan member dia . Betul-betul satu meter dengan aku . Aku kontrol .

" Err , budak baru ke ? "tanya aku sambil betulkan tali leher .

Dia tak menjawab sebaliknya macam segan-segan dengan aku . Dia pandang aku lepas itu pandang tempat lain . Lepas itu main bisik-bisik dengan member dia . Aku tengok saje .

dia pandang aku lepas itu cakap , " Eh , seluar kau tak zip. "

***********

Sejak dari hari itu aku mula suka baring kat tepi bukit  tengok awan . Sambil gigit batang lidi nuget aku mengelamun tak tentu hala . Kadang kadang main terjun bukit .

footnote : kenapa perlu kita mengharap pada suatu benda yang tak mengharap pun pada kita sedangkan Dia ada untuk menerima pangharapan kita .


*RMT = Rancangan Makanan Tambahan

24 March 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh

"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera" Direkodkan oleh Imam Ahmad 

part 1

part 2


Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.


Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraansainsmatematik dan menguasai enam bahasa :




  1. Turki
  2. Greek
  3. Hebrew
  4. Arab
  5. Parsi
  6. Latin
...pada umurnya 21 tahun . 



Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya.


Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.



Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

rujukan :

wikipedia, satu perkongsian

21 March 2011

Vakasion ke Simposium Batik Asia

klik pada gambar yang anda suka untuk resolusi yang lebih jelas . TQ .

credit to Mr. Sharih

ini gambar bersama wakil negara lain . Nampak tak topi dia .

dari kiri : Fath , Aliff Zulhelmi , Afiq Fahim , Azizuddin Ali , budak budak perempuan , Che Khir , dan Faez Pok Cho .

tiket tu tertera " RM2.00 = kanak - kanak "

ops..

okay . nak lepak jap . minum minum dulu . bye . 

klik sini untuk maklumat berkaitan konferens ini : 

14 March 2011

Khayalan Demam yang Real!


Pernah sekali time umur aq 9 tahun, aq demam memang betul betul demam punya. Masa itu aq demam panas sampai lebih 41 darjah celcius.
Dari seminggu sebelum itu aq jadi kaki komputer games sekejap. Banyak games aq main.



Virtual Cops

Virtual Fighter

Residen Evil 3 : The Nemesis 

Mario Go-Kart



Dan 1000 in 1 games. Bayangkan.


Mungkin rentetan dari ‘kegilaan’ ini aq dapat satu hadiah yang aq tidak dapat lupa. ‘Demam Khayalan-Sentak’. Time aq dapat demam ini aq mesti tersentak kalau aq tidur betul betul mahupun tidur ayam ayam.

Sebab kenapa?

Sebabnya aq mimpi karakter dalam game game yang aq main datang serang aq, tak pun tembak aq atau langgar aq guna kereta. Yang aq tak boleh lupa, ada satu karakter dalam game yang mana satu pun aq tak tahu tapi ia seekor arnab, tembak aq dari dalam train. Time dia tembak, ‘skrin’ aq jadi macam pecah. Cool en. Haha. Time itu juga aq tersentak dari tidur ayam ayam aq.

Selain itu, masa aq nak berus gigi. Aq boleh nampak bayangan berus gigi aq warna kuning atas sinki dekat kepala paip silver bilik air. Masa itu aq tak start lagi berus gigi. Aq sengaja tenung bayangan itu. Tiba tiba bayangan berus gigi kuning itu terus menjadi seekor cicak dan ia bergerak!
Aq palingkan pandangan lalu terus memecut ke bilik air kecil alias jamban untuk menyahut seruan itu.
Aq terpandang satu kotoran lumut pada pintu bilik air pula. Bentuknya seakan akan satu benda hidup. Aq terus alihkan pandangan, takut takut benda tadi terjadi lagi.

****************************

Di luar rumah, sementara menunggu Baba ambil kunci kereta aq duduk dekat tempat duduk depan kereta. Aq adjust sikit tempat duduk tu kasi selesa untuk aq baring.

Dari situ aq boleh nampak hutan yang menghijau di hadapan rumahku melalui cermin sisi kereta. Satu persatu pokok tersebut bergerak dan menjadi hidup. Aq terus kuatkan semangat. Sekali lagi aq tenung cermin sisi kereta dan terlihat ada sebatang pokok yang seakan akan seorang ibu sedang mendukung bayi di dakapannya.

‘Khayalan’ku terhenti tatkala Baba menghidupkan enjin kereta.

Bersambung..