aku masih boleh ingat lagi saat itu...
Jam bagai berhenti. Tiga saat bergelut dengan makhluk Allah, air, ini aku rasa macam lebih dari itu..lebih lagi.
****************************************
Waktu sudah merapati jam enam petang. Kami masih belum sampai lagi di tapak kem. aku bersama ikhwah nampak letih setelah lebih sejam buat Jungle Tracking bersama Pok Cik X. Waktu balik tu kami ikut track lain. Track sungai. Berbeza dengan track sebelumnya, jalan darat yang lebih berlumpur dan pacat yang berleluasa. aku rasa lebih senang sedikit lalu jalan air ni sebab boleh elakkan pacat yang bukan aku geli tapi malas nak cabut satu satu time dah sampai nanti. Hehe. Kami pun dengan itu menelusuri sungai yang agak deras itu dengan hati yang agak pasrah berbaur pengharapan.
Aku ingat pesanan Ketua Komander kem Pok Cik S,
"Siapa pun, tak kira pandai berenang ke tak pandai ke MESTI pakai life jacket!"
Kebetulan time tu life jacket tak cukup pula, dan aku terpaksa mengalah dengan akhi yang tak pandai berenang. Jadi terpaksa ambil risiko sedikit demi menjaga kebaikan dan keselamatannya.
"Enta boleh berenang?" tanya Akhi Idris.
"Boleh3.."Aku jawab terus tanpa fikir panjang.
Dari mula perjalanan pulang itu kelihatan agak lancar dan terkawal semuanya. Setiap liku sungai itu ditempuhi dengan penuh hati hati sekali. Pok Cik X yang mengepalai tracking tersebut akan sentiasa memastikan laluan yang bakal kami tempuhi di hadapan adalah dalam keadaan selamat.
oke..masih terkawal. |
masih terkawal |
yupp, masih lagi terkawal. |
"Semua, tunggu sini dulu. Pok Cik nak tengok tengok dulu kat depan tu air dalam ke cetek..kalau selamat kita boleh terus jalan."
Dia berenang ke laluan sungai di hadapan dahulu sebelum kami lalu. Nak tengok paras air sungai cetek ke dalam.. kalau cetek boleh jalan macam biasa jelah. Kalau dalam kena berpegangan lengan agar semua selamat daripada lemas mahupun dibawa arus deras.
Anda tahu bulatan gumbira ? hehe..inilah bulatan gembira itu.. |
Time tu memang arus agak deras. Dah konfem dasar sungai tu memang dalam. Pok Cik X pun bagi dua pilihan samada ingin melalui jalan darat sebelum menyeberang semula ke tapak kem atau mengapungkan diri sambil dibawa arus sungai sampai ke tempat kem. Dua dua pilihan ni pun memang selamat pun sebenarnya sebab kebanyakan dari kami memang sudah memakai life jacket jadi tidaklah perlu risau akan risiko kemalangan sungai. Oleh itu jalan air dipilih berikutan kepenatan yang melampau oleh kebanyakan dari ikhwah. So semua berganding lengan dan sama sama dihanyut ke base camp. Nampak best kan ?
Tapi yang menjadi konflik sekarang adalah seperti yang aku khabarkan tadi, aku tak pakai life jacket. Mereka semua dah separuh jalan merentas bahagian air deras itu. Bahagian tersebut merupakan selekoh sungai yang seakan akan huruf S menjadikan tempat tersebut menjadi sangat deras dan mempunyai dasar yang agak dalam. Aku hanya mampu melihat mereka dari belakang. Sempat juga aku memberi isyarat 'minta satu life jacket' kepada mereka tapi mana mungkin diorang bleh bagi time tu. Memang mustahil dengan suasana air yang sebegitu rupa.
Aku bersama seorang lagi geng tak pakai life jacket ni pun redah sajalah bahagian sungai tu jugak. Dia 'lead' kat depan. Aku tengok stabil je dia lalu, aku mesti boleh.
Time tu memang aku rasa berat sangat kaki ni. Mungkin sebab faktor seluar yang dipakai time tu agak besar dan sangat tidak sesuai untuk berenang. Badan pun dah mula tenggelam timbul. Memang cemas. Cuba juga kayuh dua tiga kali tapi tak boleh jugak. Aku dah mula rasa penat lalu terus pasrah dengan membiarkan saja badan tenggelam dalam air, dengan harapan Allah akan temukan aku dengan dasar sungai itu agar boleh menginjakkan kaki semula ke permukaan sungai. Banyak jugak sedut air time tu. Aku memang betul2 pasrah. Serious pasrah.
********************************************
Aku masih boleh ingat lagi saat itu...bagaikan bergelut dengan kematian.
Jam bagai berhenti. Tiga saat di dalam sesak nafas itu aku rasa macam lebih dari itu..lebih lagi.
Aku fikir mati. Mati. Mati.
Ya Allah..persoalan yang paling liat untuk pudar dari fikiran aku yang terlintas saat itu hingga sekarang ni ialah,
"Beginikah penghujung kehidupanku? Setelah 20 tahun yang aku gunakan di dunia ni ? Belajar, bermain, berseronok, dan katanya ingin memperjuangkan agama bangsa dan negara dan akhirnya berakhir begini ? Lemas di dalam sungai ini ? Ya Allah...berilah aku satu peluang untuk aku tebus semula kesalahan aku selama 20 tahun aku hidup Ya Allah..aku banyak buat salah Ya Allah.."
Lepas tu serious dah tak ingat apa..
*****************************************
Sampai last last aku ingat macam dah mula rasa dasar sungai. Dari situ jugak aku boleh nampak samar samar Akhi Ikhsan datang memaut aku ke tepi sungai.
"I think this is Brotherhood, man !" |
Alhamdulillah..
Allah masih beri 'peluang kedua' kepadaku untuk meneruskan misi kehidupan ini. Apa misi itu ? Jika anda faham anda akan tahu misi itu :)
Tugas Manusia (Sebenar)
Foto oleh Zack Al-farouk & Muhaimi Noor Ley |
Walau apa pun yang terjadi, hidup harus diteruskan kerana apa ? kerana aku rasa ada sebab Allah bagi 'peluang kedua' ini kepada aku dan aku wajib mencari sebab tersebut.
Salam.
ALHAMDULILLAH..Dpt lg aku jumpe ngan kau...XD
ReplyDeleteFath! terbaek lah.. syukur2. :D
ReplyDeletewater confidence best!~
ReplyDeleteyupp, memang best ^^
Deletesyukur alhamdulliah...^,^
ReplyDeleteThanks for sharing <3
ReplyDeleteprime mover
rider game