02 February 2012

Review Muvee : Hafazan Shalat Delisa (2011)


Hemm..ye tepat tekaan anda. Ianya sebuah muvee dari tanah seberang Jawa.

Cerita ni awesome. Banyak boleh buat korang menangis dari ketawa. Banyak pengajaran dan teladan baik yang korang boleh ikut.

Cerita dia lebih kurang begini, Delisa ni seorang budak yang hidup di dalam keluarga yang Islamic dalam sebuah  kampung kecil. Mereka semua hidup tenang dengan saling mengasihi antara satu sama lain di antara ahli keluarga.  Suatu hari, Ummi kepada Delisa mengajaknya ke bandar untuk mencari rantai sebagai hadiah kepada Delisa atas hafalan solatnya.


Namun belum sempat ibunya memberikan kepadanya, seluruh bandar Aceh dilanda tsunami meranapkan seluruh kampung tempat tinggal Delisa yang pada ketika kejadian itu dia sedang menjalani ujian hafalan solat di sekolahnya. Sangat tragis.

Dia selamat dari bencana itu namun kakinya dipotong kerana telah cedera teruk dihempap runtuhan. Pada ketika itu juga dia berkenalan dengan ramai teman baru termasuk seorang pasukan penyelamat dari USA, dan seorang pegawai perubatan di kem kecemasan di sana. Mereka sangat baik kepada Delisa.

Smith

Sophie dan ustaz

Ayahnya pula yang bekerja sebagai pekerja kapal terkejut menerima berita tersebut terus pulang ke kampung halamannya. Namun apa sajalah yang tinggal selain padang jarak padang tekukur.

Abi Delisa

Lepas tu ade la scene Delisa jumpa dengan Abi. Lepas tu diorang nak berpisah dengan Smith dan Sophie. Dan akhirnya Delisa dapat juga rantai yang diinginkan itu setelah dia berjaya menghafal dengan sempurna bacaan solatnya ^^

Review dari penulis : Cerita ni ada lawak juga time scene penyelamat datang bawa bantuan dengan kapal besar dan helicopter. Diorang gune CGI tapi agak tak menjadi so nampak agak kelakar pulak. Time tu je bagi saya jadi spoil mood sikit. Huhu. Dan tidak lupa, karakter Delisa sangat comel :3 kui3

RATING
Jalan cerita - 7/10
Touching - 8/10
Pengajaran - 10/10


Full Muvee