24 June 2014

"..Sebab - Sebab Kenapa Tak 'Date' Budak Design"

Di sini aku nak kongsikan beberapa sebab kenapa korang tak perlu kurma dengan budak design ni:

1. Sentiasa rasa betul.

Mungkin anda rasa macam romantik sangat kalau si dia tolong kita buat slide assignment yang perlukan menghias hias bagai, anda silap sebab anda kena berdepan dengan sikap kukubesi mereka bila bagi pendapat pasal warna, keseimbangan, garisan, theme, dan juga semua fundamental-fundamental design yang dia tahu. Jangan sesekali cakap "Macam ada tak kena la dengan......". Memang silap. 

2. Mereka tiada masa tetap.

Sesetengah kita kadang dah tahu dah timing untuk wish "Good morning, awak :))". Berbeza 
kalau dengan si dia ni sebab anda takkan tahu masa bila betul2 si dia bangun pagi. Mungkin time tu si dia tengah menebus tidur semalam dek kerana mengejar deadline. So harapan untuk dia baca mesej "good morning" tu waktu tengahari memang cerah la. So dah potong steam kt situ. Kecuali kalau dia baca lusa paginya tu okay la kan. (ini melampau)

3. Kadang suka cakap bahasa lain.




Tak percaya? Dia akan bercakap bahasa 'Adobe' tak pun 'Solidwork'. Yang penting anda tidak akan faham. 

4. Suka simpan barang pelik.

Salah satu tabiat adalah suka simpan barang mainan, tak pun bungkusan makanan dari pelbagai jenama, kotak2 kosong, penutup botol, kayu aiskrem, sepit kuku askar swiss, dan yang sewaktu dengannya hanya dengan alasan untuk mendapatkan ilham. Kalau yang jenis berada sikit tu ada la 2-3 rak simpan collectible item dan figura-figura.

5. Betul-betul tak suka mengira.

Si dia ni tak dapat membayangkan macamana 5 bahagi 10 tu boleh dapat 2 sebab diorang lebih senang pakai kalkulator. Mereka memang lambat kalau buat pengiraan. Apa yang difikirannya cumalah tulisan dan gambar. Dan lagi satu mereka juga tak suka Microsoft Excel.

6. Pembawa aroma poly putty dan dukur dan habuk kayu.




Bagi yang pernah kenal dengan penuntut jurusan IDE atau product design dan yang seangkatan dengannya, korang akan faham :D

7. Banyak simpan lagu pelik.

Kalau ada peluang cuba try check music library dekat phone ke laptop ke, korang akan perasan lagu yang korang tahu boleh dikira dengan jari.



Jadinya itu sahaja yang aku nak kongsikan. Apa yang penting setiap orang berlainan, mungkin tak semua yang sama macam tu. Sekadar berkongsi pengalaman selama beberapa semester belajar rekabentuk.

Jika korang ada sebarang point nak dikongsi bolehlah komen sikit kt bawah ni.

No comments:

Post a Comment