25 July 2011

Say No To Planking !

Baru baru ni roomate aku ada tunjuk satu page dekat Facebook . Aku cukup sedih tengok saudara saudara sebangsa dan seagama sendiri buat benda bodoh macam tu .

Di sini aku bukan mahu terangkan apa itu Planking kerana aku rasa kauorang semua lebih mahir dalam bidang komputer dan boleh google sendiri apa isu yang sedang aku perkatakan ni . Isu ni dah makin hangat di kalangan anak anak muda sekarang .

Budaya yang ternyata menunjukkan kebodohan sesatu golongan itu .

Budaya ni bermula dari mana lagi kalau bukan dari Barat . Anak anak muda bagi alasan "kalau orang Barat boleh buat apa tak kita.". Kononnya mencabar diri . Kalau boleh buat tu kira paling hebat la . Tuih !

Cubalah jangan terikut ikut dengan budaya orang . Mereka tu orang tak ada agama . Sebab kalau ada agama mesti diorang ada adab . Tak kiralah agama apa pun Islam ke , Kristian ke , Hindu ke , Buddha ke , semua terapkan budaya dan adab yang baik . C'mon la Bro .

Suka-suka ? 

Kalau nak bagi alasan suka-suka rasanya banyaaaaaaaaaaak lagi benda yang boleh dibuat selain benda ni . Ke nak dapat perhatian ? Nak ramai peminat dekat FB ? Nak kelainan ?

Sabda Rasulullah :
"Kalian pasti akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal dengan sejengkal dan sehasta dengan sehasta, sampai-sampai, seandainya mereka masuk ke dalam sarang biawak pun kalian mengikuti mereka.” Kami katakan, “Ya Rasulullah, itu kaum Yahudi dan Nashrani?” Beliau berkata, “Siapa lagi.”

Sabda Rasulullah :
"Barangsiapa menyerupai suatu kaum, berarti ia termasuk golongan mereka”




No comments:

Post a Comment