Cuba bayangkan kita ade seorang kawan bernama awak. Macamana kalau kita nak bagi tau orang lain yang dia tengah minta tolong kaki dia masuk dalam mangkuk tandas.
"Man, tolong Man, kaki Awak masuk jamban Man."
Wakaka. Bingainye.
Sorry Awak. Saya tulis post ni untuk Awak sebab saya tak tau nama awak. Siapa awak. Macamana awak senyum. Apa kesukaan awak.
Tapi yang saya tau saya bukan jodoh awak. Wakaka.
Okay sambung keje balik.
18 November 2014
30 October 2014
Sebab Untuk Tidak Beli Umobile.
786.
Baru ni masa Raya Aidilfitri 2014 di kampung aku tergerak untuk langgan internet mobile jadi aku try jela mana-mana telco yang ada dekat kampung aku tu.
Time tu dekat Batu Pahat Mall, aku beli la satu simkad postpaid dekat satu booth Umobile kat situ dengan harapan dapat la aku guna internet kat kampung. Lagipun dia cakap dapat internet unlimited cuma bayar RM28. Lepastu check coverage kat kampung aku time tu pun memang ada.
"Kalau U tak bayar pun takpe sebab U cuma akan dapat internet bila U bayar." Amoi tu cakap camtu. Aku pun setuju.
Malang semalang malangnya, sampai rumah bila aku on sim dan activate langsung tak dapat internet. Okay aku sabar dulu, mungkin dia ambil masa nak register @ buat setting internet kat phone aku (aku pakai phone Asus yang nak kata baru boleh tahan laa jenama tu so aku assume mungkin diorg tengah update setting dia).
Hari ketiga, aku tengok masih takde line internet lagi. Aku pun call service center Umobile.
Masa aku call tu, bapak lama gile tunggu pegawai dia nak jawab. Asyik2 "Harap maaf pegawai kami sedang sibuk. Sila cuba sebentar lagi".
Ramai sangat ke ade problem jugak time tu? Ke memang tak cukup pekerja?!
Bila dah beberapa kali cuba ade sorang pegawai angkat. Aku pun bagitau masalah semua. Dia pun guide aku satu2 cara nak setting internet kat phone. Lepas settle dia suruh restart balik phone. Tapi tak boleh jugak! @!#$^&*
Aku pun call la balik pasal dia ade suruh aku masukkan semacam kod yang aku pun tak paham, macam IP adress. Takut - takut ada silap dengar ke. Aku pun tanya la balik pegawai dia..masa aku call tu aku macam cam suara pegawai tu sebab sama dengan pegawai yang sebelum ni aku call. Wakaka!
Aku masih tak puas hati jadi call balik Umobile kali ni dapat pegawai lain. Dia bagi arahan lain gile dari operator tadi. Aku dah pelik. Ape sebenarnye yang operator tu bagi sebelum ni?!
Korang rasa dah settle ke belum masalah lepastu?
......Tak juga!
Aku pun cabut sim tu aku beli Digi. Aku pasang dan activate time tu juga dapat High Speed Internet.
Lepas balik dari kampung (seminggu lepas tu) aku cuba la try pasang sim Umobile semula..korang rasa dapat line ke tak?
......Tak juga!
Jadi pada tarikh aku post entry kali aku baru dapat satu surat daripada syarikat pengutip hutang yang mengatakan aku ade hutang dengan Umobile dalam RM42.90. Barbie as rapunzel apahal pulak ni?! Bila masa gua guna Internet kat Umobile?! Tau tau kena bayar dua bulan punya bil. Dia cakap kalau tak bayar dalam masa 2 minggu nak masuk CTOS kejadah. What theFFFF!!
Dah la line internet problem. Service macam haram.
***************************************************************************************************
Aku dengan ini mengharam diri aku dan juga sesiapa yang membaca post ini dari membeli Umobile lepasni atas kejadian ini. Aku taknak la orang lain kena tipu macam aku. Kalau kena tipu tapi ade sedikit benda baik dapat takpe ini dari start beli dah bala. Serius sampai korang nak terminate nanti mesti ada bala lagi akan datang. Kahkah.
Asal bukan Umobile. Cari la Altel ke..Digi ke..Celcom ke..
24 June 2014
"..Sebab - Sebab Kenapa Tak 'Date' Budak Design"
1. Sentiasa rasa betul.
2. Mereka tiada masa tetap.
Sesetengah kita kadang dah tahu dah timing untuk wish "Good morning, awak :))". Berbeza
kalau dengan si dia ni sebab anda takkan tahu masa bila betul2 si dia bangun pagi. Mungkin time tu si dia tengah menebus tidur semalam dek kerana mengejar deadline. So harapan untuk dia baca mesej "good morning" tu waktu tengahari memang cerah la. So dah potong steam kt situ. Kecuali kalau dia baca lusa paginya tu okay la kan. (ini melampau)
Tak percaya? Dia akan bercakap bahasa 'Adobe' tak pun 'Solidwork'. Yang penting anda tidak akan faham.
4. Suka simpan barang pelik.
Salah satu tabiat adalah suka simpan barang mainan, tak pun bungkusan makanan dari pelbagai jenama, kotak2 kosong, penutup botol, kayu aiskrem, sepit kuku askar swiss, dan yang sewaktu dengannya hanya dengan alasan untuk mendapatkan ilham. Kalau yang jenis berada sikit tu ada la 2-3 rak simpan collectible item dan figura-figura.
5. Betul-betul tak suka mengira.
Si dia ni tak dapat membayangkan macamana 5 bahagi 10 tu boleh dapat 2 sebab diorang lebih senang pakai kalkulator. Mereka memang lambat kalau buat pengiraan. Apa yang difikirannya cumalah tulisan dan gambar. Dan lagi satu mereka juga tak suka Microsoft Excel.
Bagi yang pernah kenal dengan penuntut jurusan IDE atau product design dan yang seangkatan dengannya, korang akan faham :D
7. Banyak simpan lagu pelik.
Kalau ada peluang cuba try check music library dekat phone ke laptop ke, korang akan perasan lagu yang korang tahu boleh dikira dengan jari.
Jadinya itu sahaja yang aku nak kongsikan. Apa yang penting setiap orang berlainan, mungkin tak semua yang sama macam tu. Sekadar berkongsi pengalaman selama beberapa semester belajar rekabentuk.
Jika korang ada sebarang point nak dikongsi bolehlah komen sikit kt bawah ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)

