27 April 2011

Kenapa "Melayu mudah lupa" ?



Ini name die Karem . Aku ambil dari google bagi gambar hiasan .
1.  Banyak Makan Semut .
Kita biasa lihat orang Melayu ni datang lambat ke kelas . Kuliah jam 8.00 , mesti dia akan lambat tak kurang dari sepuluh minit . Jadi bila hampir majoriti menghidap tabiat ini maka tidak mustahil juga mereka lambat untuk tutup bekas gula rumah mereka . Jadi 'makhluk rajin' datang awal la . Lepas  itu buat air teh Lipten tengok ada semut , sayang pula nak buang . Satu jag penuh pulak tu . Jadi malas punya hal mereka kuislah semut tu guna hujung jari kelengking yang biasa digunakan untuk mengorek hidung dan telinga mereka ke dalam air teh tu . Yang jahat lagi tengah kacau air , korek hidung . Lepas tu air ada semut time tu . Punah negara .



2.  Banyak Berbual ( Ngomong kosong )
Orang Melayu ni memang terkenal dengan daya budi bahasa dan keperamahannya . Tapi silapnya di situ , overdose . kalau jumpa teman lama tak apa juga . Ini member yang boleh jumpa tiap-tiap hari pun dilayan sampai dua tiga jam berturut-turut . Apakah ? Lepas itu gelak sana gelak sini . Mengumpat sana , mengumpat sini sampai terlupa tanggungjawab sendiri . "Eh , aku terlupa lah ! Aku kena siapkan itu , aku kena siap ini ."
Lepas tu dah terhantuk salahkan dinding . Merepek .

3.  Kurang Menggunakan Fungsi Otak iaitu Berfikir .
Kalau pernah terbaca pada mana-mana artikel , kalau kita sentiasa berfikir , bilangan neuron akan bertambah betul tak . Vise versa , bilangan neuron ini juga akan berkurang . Neuron ni ialah entah la aku pun tak tahu . Tapi dengan pertambahan neuron ni otak akan berkembang . Jadi , bila otak yang proses maklumat dengan kadar kelajuan 4 Gig sekalipun kalau tidak digunakan maka akan menjadi selambat larian kura-kura . Faham ? Maka tidak mustahil la gejala mudah lupa ini terjadi .

4. Banyak Ketawa .
Kalau dirujuk kepada junjungan kita nabi Muhmmad S.A.W , baginda bukan gelak tapi senyum . Okay aku faham member-member kauorang memang maharaja lawak mengalahkan Jozan dan Nabil . Kalau kauorang nak gelak pun janganlah berbunyi . Gelaklah sepuas puas hati kauorang tapi jangan berbunyi . Ingat tu . Cewah .

5. Banyak termenung .
Aku selalu juga nampak kaki termenung termenung ni . Diorang bukan apa . Cari ilham . Tapi bukan itu nak cerita . Yang nak cerita ialah termenung melayan perasaan . Terlalu melayan sangat sedih pakwe tipu la , makwe curang la . Emo nak mati . Lepas itu hilang fokus . Bila hilang fokus hilanglah ingatan .

Apa yang baik datang dari Allah , buruk dan lemah itu datang dari diri aku sendiri . Ambil yang jernih , yang buruk buang jauh jauh , okay ? Wallahua'lam .

Senyum !





26 April 2011

Spangebob Yang Ada Belog

"Kauorang dah sedia ?"
"Ayyai , Capten ."
"Aku tak dengar , giler .."
"Ayyai , Capten !! "

*********************

gambar dari Google 

Di dalam sebuah lautan tinggal seketul span yang ada belog . Tiap-tiap hari dia akan menulis entry - entry yang tentang kehidupan sehariannya . Dari bangun tidur sampai lah ke waktu dia nak tidur semula .

"1st Entry :
Hai semua , den tak tahu nak cakap mende ni hah . Bla bla bla...biasolah , first time buat belog ni hah ."

(Dapat satu komen)



"Patrickstar : Hai Spangebob . "





2nd Entry :
"Hari ini den tak dapat tidur lena , Gary buat hal . den ambil keputusan untuk pergi kerja awal . Semasa perjalanan ke Krusty Kreb den buat benda yang paling jahat sekali dalam hidup den iaitu meletupkan belon budak kecil di taman permainan Encik Krab yang baru buka tu . GHAHAHA! Puas hati den . Den memang tak berkonan dongan Si Kreb tu . Meluat den . Sampai ke Krusty Kreb den buat kerja macam biasa ."

(Dapat satu komen)



"Patrickstar : Hai Spangebob ."



****************************

Dipendekkan cerita sampailah entry yang ke 99 Spangebob menulis kesemua 'entry'nya hampir benda yang sama . Bangun tidur . Kerja . Balik rumah . Tidur . Cuma terkadang ada sedikit tokok tambah pada aktiviti hariannya iaitu malayan kepala Patrick yang gile .



Dia pelik sebab Followers dia sedikit . 2 orang saja . Patrick dan entah sape sape .



Jadi sejak itu dia mula buat "blog walking" . Tengok blog orang lain . Macam mane mereka boleh dapat ramai Followers . Setiap kali dia habis baca blog orang lain dia akan komen entry entry mereka . Kadang kadang kalau malas dia tinggal je link dia dekat 'comment box' iaitu Blurblurbmix .

Seminggu selepas itu dia mula menulis entry baru .


entry ke-100 :
"Bagaimana Untuk Menjaga Haiwan Peliharaan Anda yang Bercangkerang."

entry ke-101 :
"10 Jutawan Terkaya Bikini Bottom ."

entry ke-120 :
"Bagaimana untuk membuat Krabby Petty Menggunakan Telur (Benjo)"

*********************

Sejak dari itu bilangan 'Followers'nya terus meningkat ke 1K . Dia bersorak girang .


Situasi ini sering berlaku kepada blogger-blogger beginner macam aku . Start start blogging mesti tak ada idea nak tulis apa . Apa yang ada cuma entry entry yang berkisar kehidupan seharian kita yang membosankan . Jadi dengan itu apalah salahnya jikalau kita berkongsi maklumat dan pendapat supaya tidaklah kita dikatakan syok sendiri . Berkongsi serba sedikit ilmu yang kita ada kepada orang lain . Semoga dengan itu traffic kita akan bertambah . Cewah . Semoga dengan itu kita dapat manfaat bersama dalam kehidupan seharian .

Mana yang baik datangnya dari Allah . Mana yang buruk dan lemah itu datang dari diri aku .

Peace dan Senyum !

22 April 2011

Surat Dari Lisa .

gambar kiasan


Assalamualaikum WBT .

Ke hadapan Abang Timoku yang berada di perantauan . Lisa dan keluarge sihat belake .

Terima kasih sebab dok jawak 'phone'ng tiga minggu lepah . Lisa merajuk la  macam ni tahu dok . Abang Timo ni bajet maha pulop . Lisa sangguk berjalang sepuluh kilomiter dari keda ke keda semata-mata nak dapakkang topak lima riya tapi Abang Timo saje jah kasi kredit Lisa habis dekak perempuan tu . Nyapoh Lisa . Tiga kali Lisa call tiga kali dia angkat . Kebo mende sepatah Lisa pung dok faham . Vois mey ? ape ? vois mey ? Sape tu Abang Timo ? Cakak dengan Lisa . Grrr . Marah ni . Marah .

Lepah tu, kenape Abang Timo dok bawe beka hok Lisa kirim sebelum Abang gerok kampus hari tu . Sedih la Lisa goni . Lisa tahu Lisa masak dok sedak . Lisa dok kesah pung kang hari tu Abang muntah lepas makang samba peta Lisa masak . Lisa okay jah . Hati kering . Tapi lepas insideng ni Lisa dah rezak  dengan Abang Timo . Lisa pung doh malah nak buak chickeng chok buat beka Abang Timo lagi . Wuwu :(

Lagi satu, hari tu Lisa ade post gambar Lisa depang sawah dengang mok Lisa dekak 'wall' Abang Timo kang . Mobile upload lagi . Kenape dok komeng . Kenapa takde orang komeng! Soran pung taknak 'like' . Dengarnye sek sek Abang Timo rama . Semue dok boleh paka . Nak klik 'like' pung susah apakang lagi komeng . Lisa tengok post laing semua penuh jah . Lisa punye post jah kosong . Malu la Lisa macang ni . Malu!!!

Lisa doh malah nok cakak ape ape lagi . Sebenarnya banyak lagi Lisa nok cakak ni . Malah . Tahu dok malah . Bengan denga keegoang Abang Timo .

Akhir kate Lisa harak semoge Abang Timo bahagie dengan keangkuhang dang kesombongang Abang tu . Nanti balik sini jangang singgah rumah Lisa . Kalu Abang datang pung nanti Lisa cakak takde oran . Biar Abang Timo dekak luar kena panah . Dah la Terengganu panah leni . Biar padang dengang muke Abang .

"Majulah sukan untuk negara"

yang menjalankan tugas,
Lisa Abdul Rezak .


***************

Dua minggu lepas tu aku dengar dia pindah Seremban pulak, nak belajar bahasa nogoghi . 


Kurang jelas dengan bahasa ini ? lihat versi Melayu Asli.

Jom sertai komuniti ChurpChurp ! >>>>>> Sign Up


21 April 2011

Rahsia Kelahiran Bulan April

Kebetulan ini bulan April , jadi apa kata kita tengok kajian rahsia kelahiran bagi siapa yang lahir pada bulan April .


APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


Ehsan dari tentangcinta.com


20 April 2011

Aku Definisikan Cantik Bagi Perempuan .

Bagi aku perempuan semua cantik . Sebab :


  1. Semestinya mereka jaga aurat : Aurat ni adalah keaiban sebenarnya . So bila keaiban ditutup dari penglihatan maka akan tertutuplah segala cacat celanya . Apa yang kelihatan adalah kesempurnaan . Walaupun perempuan tu tak cantik tetap akan nampak cantik .
  2. Ada pendirian terutama dari segi percakapan , decision , pemakaian , cara jalan . Bukan yang terlalu jumud fikir dengan bercakap secara lemah lentok ala-ala manja tu boleh nampak cute , pakai baju fit seluar legging boleh nampak 'smoky' , berjalan lenggang lenggok boleh nampak keperempuanan sejati . Bukan tu . Tapi yang bernas percakapannya , hijab tutup dada , tak kisah apa orang cakap pasal dia , jalan tenang macam air , tak terlalu cover 
  3. Tak pakai apa-apa make up komestik . Senang cakap kalau tengok muka nampak natural la . Cuma pakai pelembab dengan lip balm sikit je .
  4. Banyak cakap . Tapi cakap benda yang baik . Bukan yang benda yang menyakitkan hati orang lain . Bukan benda yang merepek . Ada time dia cakap orang lain akan pandang dia , ada time dia diam dia takkan cakap sepatah . ( nak cakap dekat sini aku suka perempuan talkative . Cewah )
  5. Suka senyum .
  6. Banyak kawan . sebab dia peramah dan bukan jenis yang suka berpuak-puak . Semua orang suka dia bukan sebab dia ada rupa paras yang cantik tapi sebab dia ada mentaliti yang boleh memimpin kawan-kawan dia tu kepada jalan yang benar . Cewah .
  7. Berfikiran terbuka tapi bukan berfikiran bebas . Tapi kebanyakan kaum hawa ni banyak yang berfikiran bebas dan tertutup sebab tak banyak ilmu dan suka dengan diri dia yang sekarang . Banyak ilmu pun sebab dikatakan dapat keputusan cemerlang , Dean's List , atau yang sama waktu dengannya .
Jadi dengan itu , aku minta maaf lah kalau ada yang tersinggung . Benda untuk teladan . Mana yang baik datang dari Allah , yang buruk lemah itu datang dari diri aku . Peace !

17 April 2011

Bas Terakhir .



Masa sekolah aku suka mengembara kalau kauorang nak tahu . Paling jauh aku jalan tak lah jauh mana pun . Sampai Selangor je dari Johor . Tapi kali ini aku belum lagi nak cerita yang itu . Ini dekat Benut, Pontian .


******************************


Hujan mula turun renyai-renyai . Ayah Fathi @ bapak kawan aku @ ketua kem terus bagi arahan untuk alihkan semua barang yang ada di luar ke dalam pondok tempat utama semua berkumpul . Time tu aku dah boleh nampak tali air dekat dengan kem tu yang sebelum ni cuma ada air yang mengalir sepoi-sepoi bahasa dah penuh dengan arus air . Melimpah-limpah . Aku mula tak sedap hati .


Seminit lepas itu , hujan terus lebat mendadak . Saliran tali air tadi tak dapat lagi menampung kapasiti hujan waktu itu . Air terus melimpah ke kawasan kitorang berlindung . Nak tak nak memang kena beredar dari situ .


Disebabkan tanah di kem tersebut agak rendah sikit banyak dari kawasan lain di area Benut , tak sampai 10 minit air dah naik sampai paras lutut . 


Macam-macam serangga yang aku tak pernah nampak sebelum ni aku boleh teliti time itu . Dari semut paling kecil sampai ke labah-labah gergasi Asia Pasifik . Semua ada . Kalau leluncur tu jangan cakap lah, memang dah banyak beribu-riban . Membuak-buak adrenalin aku time itu .  Kauorang mesti pernah rasa geli tengok lubang-lubang kecil pada kulit nangka busuk warna hitam , lepas itu ada agas-agas ( serangga buah ) terbang-terbang atas dia . Pernah tak ? 


Macam itu lah aku rasa time itu .


Hujan masih tidak berhenti . Sambil menjinjing beg aku redah air paras pinggang waktu tu menuju ke tanah yang lebih tinggi .


*********************






Petang itu aku keluar dari kem itu dengan baju baju basah . Aku pun tak pasti pukul berapa waktu tu sebab dulu aku tak suka pakai jam . Kalau ada pun memang awal awal akan hilang time banjir di kem tersebut .

Aku bertambah buntu lagi bilamana aku kena naik dua biji bas lagi untuk sampai ke rumah . Langit memang dah kuning dah time tu .

******************

Azan maghrib berkumandang tapi aku dengan muka sepuluh sen masih duduk menunggu bas di terminal Benut . Satu bas pun tak lalu .

Tiba-tiba ayat cikgu yang ajar aq 'solat dalam hutan' masa dalam kem tu terngiang-ngiang di telinga .

"Walau apa pun keadaannya kita mesti apa?...Solat!"

Banyak aku belajar dalam kem tu fasal solat . Solat atas batu . Solat duduk .

Aku terus gali beg aku cari kain pelekat , lepas itu bentang tepi kerusi aku duduk tadi .

Wuduk tak ambil lagi . Aku cari kepala paip dekat kedai kedai tepi terminal tu , ternyata memang diorang simpan dalam kedai . 

Ah . Aku sudah buntu . Masa semakin suntuk . Bas bila-bila masa saja akan sampai . Kalau terlepas last trip ni memang tidur situlah aku jawabnya .

Aku ambil keputusan untuk buat tayamum , tapi belum sempat aku menepuk aku terpandang satu botol mineral atas kerusi dekat hujung terminal tu . Aku terus berlari ke situ dengan tak fikir apa lagi dah . 

***************

Aku ingat lagi time itu tahiyyat akhir, aku dengar bunyi enijn bas dihidupkan . Perggghh..sempat ke tak ni?

Time aku bagi salam aku terpandang bas dekat belakang aku baru bergerak meninggalkan terminal tu . Semakin lama semakin hilang dari pandangan aku . 

Keadaan senyap sunyi time itu . Kadang-kadang dengar bunyi angin langgar dinding bangunan . 

"Bas last." Aku cakap .