05 February 2011

Puncak Alam - Shah Alam

Petang tadi aq ke Shah Alam dengan mama n baba . Target nak cari uniform pengakap Kelana . Area rondaan cuma di PKNS sebab kt situ ada kedai jual baju uniform . Aq rasa kalau diluaskan lagi sempadan garisan rondaan tu maybe akan bermacam  lagi uniform yang akan aq bawa balik terutamanya uniform bercorak Giordano, Wild Channel mahupun Adidas .

Time dekat kedai uniform aq khabar ler dekat akak kaunter tu . "Saya nak baju pengakap. Pengakap Kelana ye."

"Kelana itu apa ya..?" akak tu jawab . La ilihaillallah . Indon rupenya . Inilah orang Melayu bila pekerja mesti nak kasi orang asing . Macam tu lah jadinye . Semua benda tak tahu . Nasib baik aq baik . Tidak memang sedas aq bagi kat situ .

Selesai pilih barang time nak bayar pulak . Cik adik kaunter tu memang cun . Aq memang tak nafi tapi satu je aq tak minat , boleh pulak dia buat muka masam time aq nak bayar . itu je..tidak memang aq dah tack dah . Cewah .

Time dah keluar kedai aq terus jeling resit tadi . "total amount : rm87.50" . '=.= . Aq habiskan hampir 100 ringgit just untuk dapatkan uniform koko yang maybe aq akan pakai dalam mase 1 sem je . Argh . Nak menyesal pun x gune . Aq bukan apa . Just kesian kat mama baba yang tengah pening dok cekau duit sana sini , aq lemak dikata habiskan macam tu je . Dah laa baba nak ke Sarawak 6 haribulan ni . Lagi laa aq rasa bersalah .

Masalah aq ni sebenarnya malas . Malas nak usaha cari alternatif kewangan lain . Orang kata laa . Tapi aq tetap dengan pendirian aq iaitu menolak PTPTN . Aq fikir rasional ke aq buat pinjaman sedangkan aq belum pun ada gaji tetap . Sedangkan orang yang bekerja sekarang ini pun dikelilingi hutang yang tak mampu dibayar . Macammane pula time aq degree nanti? takkan nak melutut dekat PTPTN lagi semata - mata nak kejar sijil . Oh no,no,no .

Kadang-kadang pendirian aq ni tak lah teguh mana pun bila nampak handset sony erikson mahupun kasut konbes All Star kt Mydin K.T .








1 comment:

  1. boleh tak share gmba baju pngakap kelana tu,sbb saya pon sdg mncari,yg ad kt selayang,tpi jauhhh.nak yg dkt ,area pj

    ReplyDelete